NADI X CYBERSECURITY : Selamatkah Telefon Anda Daripada Ancaman?
15 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 Ogos 2025, telah berlangsung NADI X CYBERSECURITY : Selamatkah Telefon Anda Daripada Ancaman? Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 04:30 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang program ini berlangsung, Encik Izzat Hamizan menerangkan mengenai keselamatan telefon pintar dengan menekankan ancaman seperti spyware, phishing SMS, aplikasi palsu dan penipuan e-wallet. Selain itu, Encik Izzat Hamizan menerangkan mengenai kaedah perlindungan asas seperti tetapan keselamatan, kemas kini sistem, serta semakan kebenaran aplikasi. Turut disertakan demonstrasi langsung ‘phone tapping’ dan aktiviti interaktif mengenal pasti aplikasi tiruan.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta mengenai Keselamatan telefon. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan di antara staf NADI dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: